Kisah Nabi Zakaria
Nabi
Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota
keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak
saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan
melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan
rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga
dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran
dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka
tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya,
bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan
kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan
di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran
itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya
bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan
belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk
menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak
terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas
memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak
kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat
untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan
mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam
hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah.
Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri
tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila
Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh
uban.
Pada
suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya
menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya
bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan
suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam doanya: "Ya Tuhanku
berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi
sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan
tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti
anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila
aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku.
Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi
uban sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun
kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya
berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang
soleh yang engkau redhai."
Allah
berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi
khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama
Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin
yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan
menjadi seorang nabi."
Berkata
Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan
isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut
usianya."
Allah
menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah
bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu
belum ada sama sekali?"
Berkata
Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku
telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak
dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut
kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta
bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari."
Demikinalah, Kisah Nabi Zakaria yang dapat saya sampaikan kepada anda-anda semua. Semoga bermanfaat!
0 komentar:
Posting Komentar